Tiga tindakan susulan kurangkan risiko banjir jalan Cheeding-Rimbayu

Iklan
Tengku Rohana turun padang bagi mengadakan perbincangan dengan pihak berkaitan bagi menyelesaikan isu banjir berulang yang berlaku di Jalan Cheeding-Rimbayu

KUALA LANGAT - Pembinaan jejambat (flyover) Projek Air Rasau yang dijangka siap pada Disember 2026 antara tindakan susulan bagi menangani masalah banjir berulang di Jalan Cheeding-Rimbayu.

Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kampung Seri Cheeding memaklumkan, ia merupakan antara beberapa langkah dibincangkan susulan lawatan turun padang Pegawai Daerah Kuala Langat, Tengku Rohana Tengku Nawawi bersama agensi berkaitan bagi meninjau kawasan berkenaan.

Iklan
Iklan

Menurut kenyataan itu, sepanjang tempoh pembinaan pihak pelaksana projek turut membantu memantau keadaan trafik ketika banjir dan memaklumkan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) untuk tindakan lanjut.

“Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) akan melaksanakan kerja pengorekan parit berhampiran selepas mendapat kerjasama pemilik tanah.

Iklan

“Tindakan susulan itu diharap dapat membantu menangani masalah banjir yang sekian lama menjadi kebimbangan penduduk setempat,” katanya dalam satu kenyataan baru-baru ini.

Masalah banjir di kawasan berhampiran jejambat menghubungkan Seri Cheeding dengan Rimbayu kerap berlaku apabila hujan lebat yang menimbulkan kerisauan pengguna terutama melibatkan soal risiko keselamatan, keselesaan dan kerosakan kenderaan.

Iklan

Masalah banjir di laluan berkenaan turut mendapat perhatian susulan kejadian banjir kilat pada 11 November lalu apabila kawasan berkenaan mengalami kesesakan lalu lintas selepas hujan lebat menyebabkan air parit melimpah.