SHAH ALAM – Barisan Nasional (BN) berjaya menguasai dua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang menyaksikan pertembungan sesama calon wanita pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka kali ini.
Di DUN Pantai Kundor, calon BN, Tuminah Kadi menewaskan calon Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Dr Asmah Samat dengan majoriti 2,752 undi.