IPOH - Seorang wanita warga Myammar ditemukan maut di dalam sungai berhampiran Taman Residensi dekat Bidor, hari ini.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Sabarodzi Nor Ahmad berkata, wanita berusia lingungan 30-an, disahkan telah meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan yang berada di lokasi kejadian.
Beliau berkata, pihaknya menerima panggilan pada 2.55 petang sebelum anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat Bidor, bergegas ke lokasi kejadian sejauh 13 kilometer.
"Ketua operasi melakukan size up seterusnya mengarahkan anggota memakai pakaian perlindungan diri (PPE) lengkap, melakukan kerja-kerja mengangkat dan mengambil mangsa dari dalam sungai dengan menggunakan stretcher.
"Mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya dan operasi tamat pada 4.18 petang,” katanya dalam satu kenyataan. - Bernama