MELAKA - Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain masih menjalankan tugas seperti biasa susulan tiada sebarang arahan lanjut berhubung kedudukannya.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohd Khalid Ismail berkata, sehingga kini pihaknya masih belum menerima sebarang arahan lanjut sama ada Mohd Shuhaily akan dikembalikan semula ke pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Iklan
Iklan
"Pelantikan beliau dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong. Jadi saya menunggu arahan lanjut sekiranya beliau dikembalikan kepada PDRM untuk tindakan seterusnya. Setakat ini belum ada lagi apa-apa arahan," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas melakuan lawatan di Pusat Mengundi di Sekolah Kebangsaan Tun Syed Ahmad Shahabudin di Ayer Keroh, di sini pada Sabtu.
Terdahulu, media melaporkan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, pihaknya masih belum memutuskan pelantikan Ketua Pengarah baharu AKPS bagi menggantikan Mohd Shuhaily.
Beliau dilaporkan berkata, pihaknya memberi jaminan operasi AKPS tetap berjalan seperti biasa dan tidak terjejas susulan keputusan mengembalikan Mohd Shuhaily ke pasukan asalnya, PDRM. - Bernama
Artikel Berkaitan