[KIRAAN SEMASA] PRN Melaka: Rais mendahului di Sungai Udang

Iklan
Kiraan semasa PRN Melaka di DUN Sungai Udang pada jam 6.30 petang tadi

SHAH ALAM - Calon Barisan Nasional (BN), Datuk Rais Yasin mendahului saingan di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Udang apabila memperoleh 7,048 undi berdasarkan kiraan semasa tidak rasmi.

Beliau meninggalkan dua pencabarnya dengan jurang undi yang ketara setakat ini apabila calon Bersatu, Mejar (B) Abdullah Mahadi memperoleh 429 undi manakala calon Bersama, Mohd Ridzuan Abdul Rahman meraih 166 undi.

Iklan
Iklan

Berdasarkan angka berkenaan, Rais mendahului Abdullah dengan kelebihan 6,619 undi.

 

Iklan
Iklan