SHAH ALAM – Beberapa kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka Ke-16 sudah ada kiraan semasa tidak rasmi setakat jam 6 petang, dengan Pakatan Harapan (PH) mendahului di tiga kawasan iaitu Ayer Keroh, Kota Laksamana dan Bandar Hilir.
Manakala Barisan Nasional (BN) mendahului di kerusi DUN Gadek.
Keputusan itu berdasarkan Keputusan Tidak rasmi PRN Melaka 2026 Untuk Calon DAP di laman sesawang melaka2026.dapmalaysia.org.
Di Gadek, BN memperoleh 55 undi atau 52 peratus, manakala PH meraih 38 undi atau 36 peratus daripada jumlah 127 kertas undi yang dikeluarkan.
Sementara itu, di Ayer Keroh, PH mencatatkan kelebihan ketara dengan 750 undi atau 75 peratus, diikuti Perikatan Nasional (PN) sebanyak 218 undi atau 22 peratus.
Bersama memperoleh 17 undi atau dua peratus, manakala Bersatu mencatatkan 23 undi atau tiga peratus. Jumlah kertas undi yang dikeluarkan bagi kawasan berkenaan ialah 1,076.
Di Kota Laksamana, PH mendahului dengan 24 undi atau 96 peratus, berbanding BN yang memperoleh satu undi atau empat peratus daripada keseluruhan 25 kertas undi yang dikeluarkan.
Bagi kerusi Bandar Hilir pula, PH turut berada di hadapan dengan 138 undi atau 69 peratus, manakala BN memperoleh 52 undi atau 26 peratus daripada 203 kertas undi yang dikeluarkan.
Bersama pula mencatatkan enam peratus berdasarkan paparan kiraan semasa.