[KIRAAN SEMASA] PRN Melaka: Adly Zahari ketinggalan, calon PN mendahului

Iklan
Adly

SHAH ALAM – Calon Pakatan Harapan (PH) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Katil, Adly Zahari ketinggalan dalam persaingan kerusi berkenaan setakat jam 7.10 malam.

Berdasarkan kiraan semasa tidak rasmi, calon Perikatan Nasional (PN), Muhammad Ridzuan Mohd Sarif mendahului dengan 462 undi, manakala Adly yang juga penyandang kerusi itu dan Timbalan Menteri Pertahanan memperoleh 122 undi.

Iklan
Iklan

Sementara itu, calon Parti Bersama memperoleh 11 undi, manakala calon Bebas mendapat tiga undi.