KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir di tujuh negeri serta Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya hingga jam 6 petang ini.
MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan cuaca itu diramal di seluruh Pulau Pinang dan Kedah melibatkan Bandar Baharu, Kulim, Baling, Sik, Pendang, Kuala Muda, Yan dan Kota Setar.
Iklan
Iklan
Di Perak, kawasan diramal terjejas ialah Kerian, Selama, Larut Matang, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Perak Tengah dan Manjung.
Amaran sama turut dikeluarkan di Selangor bagi Klang, Kuala Langat, Sepang, Petaling, Kuala Selangor, Hulu Selangor dan Gombak selain Port Dickson, Negeri Sembilan.
Di Sabah, ramalan itu melibatkan Pedalaman (Membakut), Tawau (Kalabakan) dan Pantai Barat (Papar).
Sementara itu, kawasan dijangka terjejas di Sarawak ialah Miri (Marudi), Bintulu, Sibu (Selangau), Mukah (Dalat dan Matu), Sri Aman (Pantu) serta Limbang. - Bernama
Artikel Berkaitan