Suami isteri ditemukan meninggal dunia di rumah

Iklan
Suami isteri ditemukan meninggal dunia di ruang atas sebuah rumah teres di Bandar Tasik Kesuma, Beranang pada Jumaat. Gambar hiasan

KAJANG - Pasangan suami isteri ditemukan meninggal dunia di ruang atas sebuah rumah teres di Bandar Tasik Kesuma, Beranang di sini pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Nazron Abdul Yusof berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada jam 6.31 petang.

Iklan
Iklan

Beliau berkata, pemeriksaan awal di lokasi mendapati kedua-dua mangsa merupakan warga tempatan berusia lingkungan 30-an itu ditemukan dalam keadaan tidak bernyawa di dua ruang berasingan di tingkat atas rumah berkenaan.

"Hasil pemeriksaan awal di lokasi kejadian tidak menemukan sebarang petunjuk jelas yang menunjukkan wujudnya unsur jenayah.

Iklan

"Kedua-dua mayat telah dihantar ke Hospital Kajang untuk proses bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Katanya, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR) sementara menunggu hasil bedah siasat dan siasatan lanjut.

Iklan

"Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta menghubungi Sarjan Mejar Anif Jawawi di talian 016-6061 659 bagi membantu siasatan.

"Polis meminta semua pihak menghormati perasaan serta privasi keluarga mangsa yang sedang berdepan saat sukar itu," katanya.