Safawi tampil jawab isu tinggalkan kem negara

Iklan
Safawi buka mulut mengenai isu tinggalkan kem negara di China. Foto: Bernama

MENYARUNG jersi skuad Harimau Malaya sentiasa menjadi kebanggaan buat tonggak kebangsaan, Safawi Rasid yang menegaskan beliau tidak pernah sekali pun menolak panggilan negara sepanjang kariernya.

Kenyataan itu hadir selepas timbul pelbagai dakwaan dalam kalangan peminat Harimau Malaya mengenai kepulangannya dari kem latihan skuad kebangsaan di China dengan pemain tersebut memberi bayangan terdapat hal peribadi yang tidak dapat dikongsikan kepada umum.

Iklan
Iklan

Menerusi satu hantaran yang turut disertakan tanda pagar #familysafetyfirst, Safawi menegaskan kepulangannya dari kem latihan itu bukanlah sesuatu yang dilakukan tanpa sebab.

“Saya bukan saja-saja tinggalkan kem Malaysia, ada benda yang boleh cerita, ada benda yang tak boleh cerita.

Iklan

“Setakat ni saya tak pernah lagi tolak tawaran pasukan Malaysia jika dipanggil sepanjang karier saya. Alhamdulillah, sarung baju hitam kuning adalah kebanggaan saya,” katanya.

Terdahulu, Safawi terpaksa meninggalkan skuad Harimau Malaya di China berikutan urusan keluarga.

Iklan

Pengendali interim Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe memaklumkan, Safawi pulang ke Malaysia selepas pemain itu memaklumkan kepadanya mengenai masalah yang dihadapi.

“Pihak pengurusan pasukan kebangsaan memahami situasi yang dihadapi Safawi dan kami menghormati keputusan beliau untuk pulang ke Malaysia atas sebab urusan keluarga,” katanya.

Skuad Harimau Malaya kini dalam persiapan menghadapi dua Perlawanan Persahabatan Antarabangsa Tier 1 menentang tuan rumah, China pada Sabtu dan Yemen pada 17 November.