Logo pada kenderaan bukan milik PDRM, sebaliknya lambang NGO
Iklan
Tular hantaran di media sosial memaparkan sebuah kenderaan didakwa melekatkan logo menyerupai lambang rasmi PDRM.
KUALA LUMPUR - Logo didakwa menyerupai lambang rasmi Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan dipaparkan pada cermin sebuah kenderaan menerusi video tular di media sosial sebenarnya bukan logo rasmi agensi itu, sebaliknya milik sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO).
Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Ahmad Azwan Amin Nordin berkata, siasatan awal mendapati logo berkenaan merupakan lambang rasmi Pertubuhan Kebajikan Nurqasih yang berdaftar secara sah.
Iklan
Iklan
Menurutnya, pihak polis mengesan satu hantaran video tular di media sosial memaparkan sebuah kenderaan persendirian dengan logo yang kelihatan sangat menyerupai identiti rasmi PDRM.
"Bagaimanapun, siasatan awal mendapati logo yang ditampal atau dipaparkan pada kenderaan tersebut bukanlah logo rasmi PDRM, sebaliknya merupakan reka bentuk yang mempunyai persamaan dari segi visual.
Iklan
"Logo tersebut adalah milik sebuah pertubuhan kebajikan iaitu Nurqasih yang berdaftar secara sah," katanya dalam kenyataan pada Rabu.
Iklan
Beliau berkata, siasatan lanjut sedang dijalankan bagi memastikan sama ada penggunaan logo berkenaan pada kenderaan itu mematuhi undang-undang sedia ada atau mempunyai tujuan untuk mengelirukan orang awam.
"PDRM memandang serius sebarang tindakan meniru, mengubah suai atau menggunakan lambang yang menyerupai identiti pasukan keselamatan tanpa kebenaran.
"Tindakan sedemikian boleh menimbulkan salah faham dalam kalangan masyarakat selain menjejaskan imej dan identiti PDRM," katanya.
Ujarnya, orang ramai dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menjejaskan siasatan pihak polis.
"Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian itu boleh menghubungi Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2146 0522 atau 03-2146 0585, Pusat Kawalan Daerah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi di talian 03-2600 2222 atau mana-mana balai polis berhampiran," katanya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Tragedi kepala air: SAR dilaksanakan dalam jarak 3.5km - JBPM"><meta itemprop="description" content="Seramai 124 pegawai dan anggota daripada pelbagai agensi meneruskan operasi mencari dan menyelamat (SAR) tiga mangsa yang masih hilang selepas dihanyutkan kepala air di Sungai Pertak, Kampung Pertak, Hulu Selangor.
Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Datuk Abdul Razak Muda, berkata operasi pada Rabu memberi tumpuan kepada empat sektor pencarian iaitu A, B, C dan D yang secara keseluruhan dianggarkan dalam jarak 3.5 kilometer (km).
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/804116/berita/semasa/tragedi-kepala-air-sar-dilaksanakan-dalam-jarak-3-5km---jbpm
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #InsidenKepalaAir #SAR"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-11T07:36:23.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/gqHFI1gz1htVgxe_0/x1080"><meta itemprop="duration" content="P156S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbvomoi"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbvomoi"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbvomoi"></script>