Jentera calon PH maut kemalangan

Iklan
Kemalangan membabitkan dua kenderaan mengorbankan seorang jentera calon PH DUN Asahan.

ALOR GAJAH - Seorang jentera bagi calon Pakatan Harapan (PH) kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Asahan maut dalam nahas jalan raya di Jalan Nyalas, di sini pada Rabu.

Dalam kejadian itu, mangsa dikenali J Samyvel, 62, dalam perjalanan ke Pejabat Tanah Alor Gajah sebelum terlibat dalam perlanggaran dengan sebuah lori yang membawa muatan buah-buahan.

Iklan
Iklan

Mangsa yang juga Naib Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Alor Gajah antara individu yang menjadi 'tulang belakang' dalam kempen bersama calon, P Denesh pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16.

Denesh (dua dari kanan) kelihatan sedih sebaik tiba lokasi kejadian

Iklan

Difahamkan Denesh yang mengadakan program walkabout dan ziarah di Kampung Jus Permai bergegas ke lokasi kejadian.

Kenyataan rasmi pihak polis berhubung kejadian itu sedang diperoleh.

Iklan