PUTRAJAYA – “Saya nak nyatakan bahawa saya pilih untuk menjadi seorang ahli politik yang cakap serupa bikin.” Itu penegasan bekas Menteri Pengangkutan, Anthony Loke yang mahu memastikan setiap perkara diperkatakan bukan sekadar omongan kosong, sebaliknya dilaksanakan bagi mempertahankan kredibiliti diri sebagai seorang pemimpin.
Beliau berkata, sikap ahli politik yang sering tidak menunaikan apa diperkatakan menjadi antara punca golongan itu kurang dipercayai masyarakat.
Menurut Anthony, beliau menyedari hakikat bahawa ahli politik sering dianggap sebagai profesion paling tidak dipercayai berdasarkan beberapa tinjauan.
“Ramai orang hari ini tak percaya kepada cakap-cakap orang politik. Orang politik ini jika mengikut banyak survei, profesion yang paling tidak dipercayai.
“Sebab orang politik ini ramai yang berpandangan, cakap tak serupa bikin, bikin tak serupa cakap.
“Maksudnya apa yang saya katakan, apa yang saya cakap itu akan saya buat, akan saya laksanakan dan bukan omong kosong,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Perhimpunan Bulanan Kementerian Pengangkutan (MOT) pada Rabu.
AKAN MENYUSUL