Lelaki diserang dengan parang selepas diperangkap isteri orang

Iklan
Seorang lelaki warga tempatan cedera selepas diserang menggunakan parang dan dipukul dua individu yang mengejarnya hingga menyebabkan kereta dipandunya terbabas

GEORGE TOWN – Seorang lelaki warga tempatan cedera selepas diserang menggunakan parang dan dipukul dua individu yang mengejarnya hingga menyebabkan kereta dipandunya terbabas di Jalan Pangkor, di sini pada awal pagi Rabu.

Dalam kejadian kira-kira jam 1.15 pagi, mangsa berusia 57 tahun dikatakan baru menjemput seorang wanita berusia 39 tahun yang dikenalinya melalui aplikasi WhatsApp di Flat Program Perumahan Rakyat (PPR) Taman Manggis sebelum diserang.

Iklan
Iklan

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Abdul Rozak Muhammad berkata, mangsa kemudian dikejar dua individu terbabit sehingga kereta dipandunya terbabas dan melanggar tembok di persimpangan Jalan Pangkor.

Keadaan kereta dipandu mangsa selepas diserang dua individu dalam kejadian pada awal pagi Rabu.

Iklan

"Hasil siasatan mendapati kejadian dipercayai berpunca daripada komplot pemerasan yang dirancang wanita berkenaan bersama suami dan saudaranya.

"Susulan itu, polis berjaya menahan wanita terbabit bersama suaminya yang berusia 30 tahun bagi membantu siasatan," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Iklan

Bagaimanapun Abdul Rozak berkata, seorang lagi suspek lelaki warga tempatan berusia 26 tahun masih bebas dan sedang diburu polis.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 324 dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan.

"Kedua-dua suspek yang ditahan direman selama tiga hari bermula 5 hingga 7 November bagi membantu siasatan lanjut," katanya.