Op Redback perkukuh kerjasama Malaysia-Australia tangani penyeludupan
Iklan
Sonter (kiri) menyerahkan sumbangan peralatan kamera penglihatan malam daripada ABF bagi meningkatkan keupayaan mengesan dan membanteras kegiatan penyeludupan serta jenayah rentas sempadan di perairan Malaysia kepada Mohd Zawawi. Foto:SINAR HARIAN/HAZELEN LIANA KAMARUDIN
KOTA BHARU – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menerima sumbangan peralatan kamera penglihatan malam daripada Australian Border Force (ABF) bagi meningkatkan keupayaan mengesan dan membanteras kegiatan penyeludupan serta jenayah rentas sempadan di perairan negara.
Komander Pemerintah Sempadan Maritim (COMMBC) ABF, Laksamana Muda Brett Sonter berkata, peralatan tersebut membolehkan anggota Maritim Malaysia mengesan aktiviti haram yang dilakukan pada waktu malam, ketika sindiket penyeludupan dipercayai mengambil kesempatan untuk mengelakkan pengesanan pihak berkuasa.
Iklan
Iklan
Menurut beliau, kebanyakan jenayah maritim berlaku pada waktu malam apabila penjenayah beranggapan mereka mampu melepasi kawalan keselamatan di perairan negara.
“Peralatan kamera penglihatan malam ini akan membantu Maritim Malaysia mengesan sebarang aktiviti haram yang berlaku pada waktu malam dan seterusnya membolehkan pihak berkuasa menumpaskan penjenayah terbabit,” katanya.
Iklan
Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Penutupan Operasi Redback 23/2026 yang dirasmikan oleh Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Maritim Malaysia, Laksamana Madya Mohd Zawawi Abdullah, di sini pada Khamis.
Sonter berkata, Australia dan Malaysia mempunyai hubungan kerjasama yang kukuh serta komitmen bersama dalam memperkasakan keselamatan sempadan maritim kedua-dua negara.
Iklan
Katanya, Op Redback yang memasuki tahun ke-13 pelaksanaannya dan edisi ke-23 pada tahun ini mencerminkan kerjasama erat dalam membanteras penyeludupan manusia melalui laut serta pelbagai bentuk jenayah maritim lain.
Menurut beliau, pendekatan Australia dalam menangani jenayah maritim tidak hanya tertumpu kepada penguatkuasaan semata-mata, sebaliknya melibatkan kerjasama serantau, perkongsian maklumat dan usaha meningkatkan kesedaran mengenai risiko migrasi tidak teratur.
“Tindak balas Australia terhadap jenayah maritim bergantung kepada perkongsian serantau yang kukuh dan penglibatan berterusan bagi memastikan bakal migran memahami risiko serta realiti migrasi tidak teratur.
“Hasil terbaik adalah apabila perjalanan menggunakan bot untuk memasuki sesebuah negara secara haram tidak bermula sama sekali,” katanya.
Beliau menegaskan bahawa penyeludupan manusia bukan jenayah tanpa mangsa kerana sindiket sering memperdaya golongan rentan melalui maklumat palsu serta meletakkan nyawa mereka dalam bahaya demi keuntungan.
“Perjalanan berbahaya yang ditawarkan sindiket penyeludupan didorong oleh penipuan, paksaan dan janji palsu yang mengambil kesempatan terhadap kelemahan serta keterdesakan mangsa,” katanya.
Dalam pada itu, Sonter berkata pelaksanaan Op Redback turut membuka ruang memperkukuh kerjasama menerusi Kumpulan Kerja Keselamatan Maritim Sivil Ke-15 serta libat urus bersama rakan sejawat dari Malaysia dan Thailand.
Beliau turut menghargai penglibatan komuniti Kuala Besar yang disifatkan penting dalam membantu memperkukuh keselamatan maritim melalui maklumat serta pemerhatian penduduk setempat.
Pada masa sama, beliau merakamkan ucapan takziah kepada keluarga, sahabat dan rakan sekerja seorang pegawai Maritim Malaysia yang terkorban ketika menjalankan tugas.
Katanya, pengorbanan pegawai berkenaan wajar diberikan penghormatan tertinggi oleh semua pihak.
Aliff Daniel, 21, turut mengakui melakukan beberapa ritual termasuk mencucuk trisula pada pipi, meletakkan bel pada lidah serta membawa bekas susu atau pal kudam ketika berarak ke sebuah kuil di Batu Caves, Gombak pada Januari 2024.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/803407/berita/semasa/aliff-daniel-isytihar-taubat-akui-berpuasa-seminggu-sebelum-ritual-thaipusam
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.