Bekas isteri Najib, Tengku Puteri Zainah meninggal dunia
Iklan
Bekas isteri kepada mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Tengku Puteri Zainah Tengku Eskandar, meninggal dunia.
KUANTAN - Bekas isteri kepada mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Tengku Puteri Zainah Tengku Eskandar, meninggal dunia.
Perkhabaran duka itu dikongsikan anak sulungnya, Datuk Mohamad Nizar Mohamad Najib menerusi laman sosial Facebook pada Khamis.
Iklan
Iklan
Nizar dalam hantaran itu menzahirkan rasa dukacita atas pemergian bondanya dan mengenang segala kasih sayang, pengorbanan serta doa yang dicurahkan sepanjang hayat.
ARTIKEL BERKAITAN: Bekas isteri Najib kritikal di ICU, Nizar mohon doa kesembuhan buat ibu
Iklan
“Semoga Allah SWT mengampuni segala dosamu, merahmatimu dan menempatkanmu dalam kalangan penghuni Syurga Firdaus.
Hantaran tersebut turut disertai ucapan Al-Fatihah.
Iklan
Allahyarhamah Tengku Puteri Zainah, 65, merupakan ibu kepada Nizar, Putri Norlisa dan Mohd Nazifuddin.
Terdahulu, Sinar Harian melaporkan keadaan kesihatan Tengku Puteri Zainah yang dilaporkan kritikal dan kini sedang mendapatkan rawatan di unit rawatan rapi (ICU).
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Aliff Daniel isytihar taubat"><meta itemprop="description" content="Berpuasa selama seminggu dengan hanya mengambil sayur-sayuran dan air sebelum menyertai ritual agama Hindu ketika sambutan Thaipusam antara perbuatan yang diakui Aliff Daniel Adli dalam pengisytiharan taubatnya pada Khamis.
Aliff Daniel, 21, turut mengakui melakukan beberapa ritual termasuk mencucuk trisula pada pipi, meletakkan bel pada lidah serta membawa bekas susu atau pal kudam ketika berarak ke sebuah kuil di Batu Caves, Gombak pada Januari 2024.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/803407/berita/semasa/aliff-daniel-isytihar-taubat-akui-berpuasa-seminggu-sebelum-ritual-thaipusam
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #isusertairitualkeagamaan #taubat"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-05T09:13:09.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P248S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbtudge"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbtudge"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbtudge"></script>