Mohd Shuhaily kembali bertugas

Iklan
Mohd Shuhaily ketika mempengerusikan Mesyuarat Commander's Call Bil. 3/2026 di Putrajaya pada Isnin. - FOTO: Facebook AKPS

PUTRAJAYA - Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS) Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain pada Isnin kembali memulakan tugas di agensi itu selepas dilaporkan bercuti minggu lepas.

AKPS dalam hantaran di laman Facebook rasminya memaklumkan Mohd Shuhaily memulakan tugasan dengan mempengerusikan Mesyuarat Commander's Call Bil. 3/2026.

Iklan
Iklan

"Ia khususnya dalam memperkukuh hala tuju strategik, kesiapsiagaan operasi serta keberkesanan kawalan dan perlindungan sempadan negara. Fokus jelas. Gerak kerja diperkemas. Misi diteruskan,” menurut AKPS. 

Agensi itu terus komited memperkukuh kecekapan pengoperasian, integriti dan keselamatan pintu masuk negara.

Iklan

Dalam hantaran itu, AKPS turut memuat naik enam gambar memaparkan Mohd Shuhaily mempengerusikan mesyuarat yang turut dihadiri pimpinan tertinggi agensi itu.

Antara yang hadir Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) AKPS, Datuk Mohd Nasaruddin M Nasir; Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) AKPS, Zuraini Othman dan Komander AKPS Pelabuhan Klang, Datuk Nik Ezanee Mohd Faisal.

Iklan

Sebelum ini, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, Kementerian Dalam Negeri (KDN) memutuskan Mohd Shuhaily kembali bertugas dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Mohd Shuhaily dilantik sebagai Ketua Pengarah AKPS bagi tempoh dua tahun dari 1 Julai 2025 hingga 30 Jun 2027.

Pada 21 Oktober, Mohd Shuhaily mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Sepang atas dua pertuduhan menyebabkan kecederaan terhadap dua anggota polis di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 28 September. - Bernama