PRN Melaka: Nie Ching iringi calon PH DUN Bandar Hilir

Iklan
Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching yang juga Ketua Wanita DAP (tengah) mengiringi calon Pakatan Harapan (PH) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N22 Banda Hilir Leng Chau Yen (dua, kiri) ke pusat penamaan calon sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16 di Dewan Seri Temu, Sekolah Menengah Kebangsaan Padang Temu hari ini. - Foto Bernama

MELAKA - Suasana proses penamaan calon Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16 hari ini dimeriahkan dengan kehadiran beberapa pemimpin politik yang mengiringi calon parti masing-masing, termasuk Ketua Wanita DAP Teo Nie Ching.

Timbalan Menteri Komunikasi itu hadir memberikan sokongan kepada calon Pakatan Harapan (PH) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bandar Hilir, Leng Chau Yen, yang tiba di pusat penamaan calon di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Padang Temu di sini pada 9 pagi.

Iklan
Iklan

Sementara itu, calon Barisan Nasional (BN) Jasmine Lok diiringi Naib Presiden MCA Datuk Seri Dr Wee Jeck Seng.

Turut kelihatan, calon Parti Bersama Malaysia (Bersama) Dr Mohd Nor Rashidi Ab Jalil.

Iklan

Pekarangan SMK Padang Temu pagi ini bertukar menjadi 'lautan warna' biru, merah dan kuning setelah penyokong bertali arus membanjiri laluan masuk dengan kibaran bendera parti, manakala keadaan cuaca cerah membantu kelancaran pergerakan awal di pusat penamaan calon.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 14 November sebagai hari pengundian PRN Melaka, manakala pengundian awal pada 10 November. - Bernama

Iklan