PRN Melaka: Ab Rauf diiringi Ahmad Zahid ke pusat penamaan calon DUN Tanjung Bidara

Iklan
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengiringi calon Barisan Nasional bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N02 Tanjung Bidara, Datuk Seri Dr Ab Rauf Yusoh, ke pusat penamaan calon di Dewan Datuk Kapt (B) Hj. Ab Karim, Kompleks JAPERUN Tanjung Bidara sempena Pilihan Raya Negeri Melaka hari ini. Foto Bernama

MELAKA - Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Dr Ab Rauf Yusoh tiba di pusat penamaan calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Bidara bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16, pada 9 pagi ini.

Ab Rauf yang juga penyandang kerusi DUN Tanjung Bidara, diiringi penyokong Barisan Nasional (BN) diketuai pengerusinya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ke Dewan Datuk Kapt (B) Hj Ab Karim Kompleks Japerun Tanjung Bidara di Alor Gajah di sini.

Iklan
Iklan

Calon Pakatan Harapan (PH) bagi DUN Tanjung Bidara, Mohd Yunazri Mustamiri, pula diiringi penyokong gabungan berkenaan diketuai Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Chang Lih Kang.

Pada PRN Melaka ke-15, Ab Rauf menang pertandingan tiga penjuru menewaskan calon PH Zainal Hassan dan Datuk Mas Ermieyati Samsudin daripada Perikatan Nasional (PN) dengan majoriti 364 undi.

Iklan

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 14 November sebagai hari pengundian PRN Melaka, manakala pengundian awal pada 10 November. - Bernama 

 

Iklan