Peluang kerja rakyat tempatan kekal keutamaan – Ahmad Zahid

Iklan
Ahmad Zahid

SHAH ALAM – Kerajaan akan mengurangkan kebergantungan terhadap pekerja asing secara berperingkat bagi memperkukuh peluang pekerjaan rakyat tempatan, selaras dengan hala tuju Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13).

Perkara itu ditegaskan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ketika mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Mengenai Pekerja Asing Kali Ke-3 di Parlimen pada Rabu.

Iklan
Iklan

Menurut beliau, usaha tersebut perlu dilaksanakan secara seimbang dengan mengambil kira keperluan sebenar industri bagi memastikan kelangsungan aktiviti ekonomi negara.

"Peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan mesti kekal menjadi keutamaan, dalam masa yang sama keperluan sebenar industri juga perlu terus diambil kira.

Iklan

"Dalam hal ini, kita semua bersetuju bahawa pendekatan collective-decision (keputusan secara bersama) diperlukan bagi menangani sebarang isu dan cabaran dalam mengurus mekanisme kuota dan kawalan siling Penggajian Pekerja Asing supaya peluang pekerjaan rakyat tempatan kekal menjadi keutamaan kita," katanya menerusi hantaran di Facebook pada Rabu.

Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Sim Tze Tzin sebelum ini dilapor berkata, pengilang di Malaysia perlu mempercepat penerimagunaan automasi bagi meningkatkan produktiviti serta mengurangkan kebergantungan terhadap tenaga kerja asing.

Iklan

Beliau berkata, kerajaan telah mengurangkan kuota pekerja asing secara berperingkat daripada kira-kira 20 peratus sebelum ini kepada 15 peratus.

Mengulas lanjut, Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata, kerajaan akan terus memastikan setiap dasar yang dirangka dapat memperkukuh peluang pekerjaan rakyat tempatan, selain menyokong keperluan industri.

Beliau turut menegaskan komitmen kerajaan untuk melaksanakan dasar penggajian pekerja asing secara terancang bagi memastikan manfaatnya dapat dinikmati seluruh rakyat Malaysia.