Tiada pengesahan rakyat Malaysia terjejas dalam pelanggaran kereta api di Sepanyol
Iklan
Anggota keselamatan sedang bertugas di lokasi perlanggaran kereta api berkelajuan tinggi Renfe AVE dan sebuah kereta api Iryo, kira-kira 150 km di selatan Madrid di antara Urda dan Los Yebenes di wilayah Toledo pada Rabu. - Foto: AFP
KUALA LUMPUR - Kedutaan Besar Malaysia di Madrid masih belum menerima pengesahan mengenai mana-mana rakyat Malaysia yang terjejas akibat perlanggaran melibatkan dua kereta api penumpang berkelajuan tinggi berhampiran Urda, Toledo, Sepanyol pada Rabu.
Kementerian Luar dalam pemakluman media pada Rabu memaklumkan bahawa pihaknya menerusi Kedutaan Besar Malaysia di Madrid sedang memantau rapat situasi susulan perlanggaran yang berlaku kira-kira 8.54 pagi waktu tempatan itu.
Iklan
Iklan
"Kedutaan sedang berhubung dengan pihak berkuasa Sepanyol dan pengendali perkhidmatan kereta api yang berkaitan bagi memastikan sama ada terdapat rakyat Malaysia dalam kalangan penumpang yang terlibat serta menyelaras bantuan konsular sekiranya diperlukan," menurut kementerian itu.
Kementerian itu turut memaklumkan bahawa perkhidmatan kereta api berkelajuan tinggi antara Madrid dan Andalusia dilaporkan telah digantung susulan insiden berkenaan.
Iklan
Sehubungan itu, rakyat Malaysia yang sedang melakukan perjalanan di Sepanyol, khususnya mereka yang merancang untuk menggunakan perkhidmatan kereta api yang terjejas, dinasihatkan supaya menyemak perkembangan terkini perkhidmatan secara langsung dengan pengendali masing-masing dan membuat pengaturan perjalanan alternatif sekiranya perlu.
Kementerian itu turut menggesa rakyat Malaysia yang mungkin terjejas akibat insiden berkenaan atau sesiapa yang mempunyai maklumat mengenai rakyat Malaysia yang mungkin terlibat supaya menghubungi Kedutaan Besar Malaysia di Madrid bagi membantu proses pengesahan dan penyaluran bantuan konsular.
Iklan
Rakyat Malaysia yang menetap atau sedang berada di Sepanyol turut digalakkan untuk mendaftar dan sentiasa mengemas kini maklumat perhubungan melalui portal e-Konsular di https://ekonsular.kln.gov.my.
Bagi mendapatkan bantuan konsular segera atau dalam situasi kecemasan, rakyat Malaysia boleh menghubungi Kedutaan Besar Malaysia di Madrid menerusi talian kecemasan 24 jam di +34 659 894 943 atau talian pertanyaan am di +34 91 555 0684 dan +34 91 555 0737.
Kedutaan juga boleh dihubungi melalui e-mel di mwmadrid@kln.gov.my.
Kementerian Luar memaklumkan bahawa pihaknya akan terus memantau perkembangan dengan rapat dan memberikan maklumat terkini sekiranya perlu. - Bernama
Keselamatan pergerakan penumpang di sempadan Malaysia-Singapura menerusi Sistem Transit Rapid (RTS) Link bakal diperkukuh dengan penggunaan 100 alat pengimbas “automatic e-gate”, sekali gus mengekang jenayah rentas sempadan, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Azura Md Amin.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, keupayaan alat pengimbang teknologi baharu itu ditunjukkan menerusi demonstrasi peralatan keselamatan ketika meninjau persiapan sempena Latih Amal Keselamatan RTS Malaysia-Singapore Cross-Border Joint Exercise, Field Training Exercise (FTX) 2026.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802356/berita/nasional/mesin-pengimbas-canggih-kesan-apa-sahaja-pada-badan-penumpang-rts-malaysia-singapura---saifuddin
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.