IPOH – Pegawai kanan polis, Deputi Superintenden Mohd Nazri Abdul Razak, dijatuhi hukuman penjara tujuh tahun enam bulan selepas pertuduhan membunuh pelajar Tingkatan Lima, Muhammad Zaharif Affendi Muhd. Zamrie, dipinda kepada pertuduhan menyebabkan kematian tanpa niat di Mahkamah Tinggi di sini hari ini.
Mohd. Nazri, 47, mengaku bersalah terhadap pertuduhan pindaan itu di hadapan Hakim Datuk Bhupindar Singh Gurcharan Singh pada akhir kes pendakwaan.