SHAH ALAM – Tindakan seorang lelaki warga China memberi rasuah RM500 kepada seorang pegawai polis bagi mengelakkan pemeriksaan, mengundang padah apabila Mahkamah Sesyen di sini pada Selasa menjatuhkan hukuman penjara sehari dan denda RM10,000.
Berdasarkan kenyataan media Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), tertuduh, He Ruqiang, 45, dikenakan hukuman itu selepas mengaku bersalah atas satu pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim, Awang Kerisnada Awang Mahmud.