Istiadat pengebumian anggota Maritim

Iklan

SUASANA  pilu menyelubungi istiadat pengebumian anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Allahyarham Laskar Kanan Maritim (Teknikal) Mohd Roshaimi Mohd Ridzuan, ketika jenazahnya diturunkan ke liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Masjid Tengku Sharafudin pada Selasa.

Allahyarham maut dalam kejadian kira-kira 11 malam Isnin, manakala tiga lagi anggota cedera selepas bot yang dinaiki mereka dipercayai melanggar struktur konkrit di perairan Kuala Sungai Padang, berhampiran Kuala Perlis, ketika mengejar sebuah bot yang disyaki membawa pendatang tanpa izin.

Iklan
Iklan

Foto Bernama

 

Iklan
Iklan