SHAH ALAM - Bekas Ahli Parlimen Setiawangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad selesai memberikan keterangan di Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) hari ini berhubung kes khalwat yang membabitkan dirinya.
Peguam Syarie Muhammad Amirul Ashraf A Ghani berkata, kehadiran anak guamnya adalah bagi melengkapkan siasatan di bawah Seksyen 29 Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995.