Tanah runtuh: Arahan henti kerja dikeluarkan terhadap projek pembangunan - MBPP

Iklan
Penduduk di kawasan terjejas dinasihatkan berpindah sementara. Foto SINAR HARIAN/SYAJARATULHUDA MOHD ROSLI

GEORGE TOWN – Arahan henti kerja (stop work order) dikeluarkan terhadap projek pembangunan membabitkan pembinaan jalan dan pangsapuri berhampiran lokasi kejadian tanah runtuh di Lebuh Rambai13, Taman Seri Rambai, Paya Terubong, di sini.

Datuk Bandar Majlis Bandaraya Pulau Pinang, Datuk A Rajendran berkata, arahan itu dikeluarkan susulan kejadian yang mengundang kebimbangan terhadap keselamatan penduduk di kawasan berhampiran.

Iklan
Iklan

Menurutnya, sebanyak lima rumah dikenal pasti berisiko dan dicadangkan untuk dikosongkan bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini.

Tambah beliau, projek pembangunan berkenaan telah berjalan lebih setahun.

Iklan

"Siasatan lanjut akan dijalankan bagi mengenal pasti punca kejadian tanah runtuh termasuk meneliti kemungkinan kaitannya dengan projek pembangunan di kawasan berkenaan," katanya.

Penduduk dinasihatkan berpindah

Iklan

Sementara itu, Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Ramkarpal Singh berkata, penduduk yang tinggal di empat hingga lima rumah berhampiran lokasi kejadian tanah runtuh dinasihatkan berpindah sementara bagi tempoh satu hingga dua hari atau sehingga keadaan kembali stabil.

BERITA BERKAITAN: Lelaki maut tertimbus tanah runtuh di belakang rumah

Lelaki maut tertimbus tanah runtuh: 'Bunyi itu sangat kuat kerana dekat dengan rumah' - Saksi

Lelaki maut tertimbus tanah runtuh: Punca dikaitkan projek perumahan disiasat

Doktor tertimbus tanah runtuh ketika siapkan sarapan untuk keluarga

Mayat doktor ditemukan tertimbus bawah konkrit

Menurutnya, arahan itu susulan kejadian tanah runtuh yang berlaku kira-kira jam 7.08, pagi Ahad dengan faktor keselamatan penduduk menjadi keutamaan ketika keadaan cuaca masih hujan.

"Penduduk di kawasan berhampiran perlu mengambil langkah berjaga-jaga dan mengosongkan kediaman buat sementara waktu bagi mengelakkan sebarang risiko susulan.

"Langkah itu penting bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan untuk mengenal pasti punca sebenar kejadian tanah runtuh tersebut," katanya.

Kerja penstabilan cerun

Dalam pada itu, Exco Infrastruktur, Pengangkutan dan Digital, Zairil Khir Johari berkata, kerja-kerja penstabilan cerun sedang dijalankan di kawasan berkenaan namun sebahagian daripadanya masih belum siap ketika kejadian berlaku.

Bagaimanapun katanya, punca sebenar kejadian masih belum dapat dipastikan dan memerlukan siasatan lebih terperinci.

"Kawasan pembangunan di bahagian atas bukit itu turut melibatkan pembinaan jalan serta projek kediaman.

"Sehubungan itu, penduduk yang tinggal berhampiran lokasi kejadian diminta mematuhi nasihat pihak berkuasa dan berpindah sementara sehingga keadaan disahkan selamat," katanya.