Bayi lelaki ditemukan dalam kotak bawah tangga pangsapuri

Iklan
itu kini ditempatkan di sebuah hospital.

GOMBAK - Seorang bayi lelaki ditemukan masih hidup di dalam kotak tyang ditinggalkan di bawah tangga sebuah pangsapuri di Desa Aman Puri di sini pada Khamis.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Ibrahim Husin berkata, pihaknya menerima laporan berhubung penemuan bayi itu jam 9.14 pagi.

Iklan
Iklan

“Bayi lelaki itu dipercayai ditinggalkan oleh individu tidak bertanggungjawab yang belum dikenal pasti,” katanya kepada media pada Jumaat.

Ibrahim berkata, bayi berkenaan berada dalam keadaan sihat dan kini sudah ditempatkan di sebuah hospital untuk pemantauan lanjut.

Iklan

"Kita telah membuka kertas siasatan berhubung kejadian itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan," katanya.

Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta menghubungi mana-mana balai polis berhampiran atau pegawai penyiasat, Inspektor Mohammad Hisham Mohd Rahman @ Amir Hamzah, menerusi talian 010-947 5532 bagi membantu siasatan.

Iklan