KUALA LUMPUR - Persatuan Bank-Bank di Malaysia (ABM) berkata, bank yang menjadi ahlinya sedang menawarkan penangguhan pembayaran balik dan pengaturan pembayaran yang fleksibel untuk meringankan beban kewangan keluarga yang terjejas akibat tanah runtuh di Nepal, termasuk mereka yang kehilangan orang tersayang.
ABM melalui satu kenyataan pada Khamis berkata, bantuan itu telah disediakan sejak awal Oktober 2026, dengan bank ahli telah menghubungi keluarga terbabit.
Iklan
Iklan
"Kami mengiktiraf kesusahan dan ketidakpastian yang mendalam yang ditanggung oleh keluarga serta waris. Kebajikan mereka tetap menjadi keutamaan kami dan kami menghargai usaha semua pihak yang berusaha mendapatkan sokongan sewajarnya untuk mereka.
ABM berkata, bank ahli telah melantik orang yang boleh dihubungi untuk memberi panduan kepada waris yang terjejas, menyelaraskan permintaan mereka selain membantu dengan dokumentasi dan proses pentadbiran yang diperlukan.
"ABM dan bank ahlinya kekal komited untuk bekerjasama secara konstruktif dengan Bank Negara Malaysia (BNM) termasuk semua pihak yang berkaitan bagi menyokong keluarga yang terjejas dengan penuh perhatian, ehsan dan rasa hormat,” katanya. - Bernama