‘Ini bukan pasal sindir tapi fitnah’ – Jep Sepahtu ambil tindakan undang-undang terhadap Shuib

Iklan
Jep (kanan) mengambil tindakan undang-undang terhadap Shuib (kiri) susulan dakwaan fitnah yang dilemparkan terhadap dirinya.

SHAH ALAM – Pelawak dan penyampai radio, Jep Sepahtu tampil memberikan respons balas selepas Shuib memohon maaf secara terbuka susulan konflik persahabatan mereka.

Menerusi hantaran di media sosial, Jep atau nama sebenarnya Mohd Nadzri Zainal Abidin mendedahkan beliau sudah mengambil tindakan undang-undang terhadap Shuib susulan dakwaan fitnah yang dilemparkan terhadap dirinya.

Iklan
Iklan

“Kerana ini benar-benar fitnah jahat terhadap diri aku. Ini bukan pasal sindir, ini pasal fitnah,” katanya pada Khamis.

Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad pada Khamis, memuat naik video permohonan maaf kepada Jep atas keterlanjuran kata-kata serta keegoannya, selain mengenang persahabatan mereka yang terjalin hampir 20 tahun.

Iklan

Sinar Harian sebelum ini melaporkan, Jep meluahkan rasa kecewa menerusi satu hantaran pada 8 Oktober lalu berhubung isu yang dibangkitkan dalam satu audio siar di Tiktok, termasuk perbincangan mengenai bayaran ketika mereka bersama kumpulan Sepah.

Jep mendakwa urusan bayaran ketika itu dibuat secara individu dan bukannya secara berkumpulan.

Iklan

Selain itu, beliau turut mempersoalkan kenyataan yang didakwa boleh menjejaskan reputasinya serta meminta Shuib menyatakan secara jelas sekiranya dakwaan itu merujuk kepadanya.

Dalam hantaran sama, Jep turut membangkitkan isu caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang didakwa dipotong tetapi tidak dibayar, selain meminta Shuib tidak lagi mengganggu kehidupannya.