Gordon Ramsay dilantik pengacara baharu Top Gear BBC

Iklan
Gordon Ramsay bakal mengetuai barisan pengacara baharu rancangan permotoran BBC, Top Gear yang dijadual kembali ke kaca televisyen pada 2028.

CEF selebriti Britain Gordon Ramsay bakal mengetuai barisan pengacara baharu rancangan permotoran BBC, Top Gear yang dijadual kembali ke kaca televisyen pada 2028 selepas tidak bersiaran sejak 2022, menurut pengumuman penyiar itu pada Rabu, lapor Anadolu Ajansi.

Cef dan personaliti televisyen berusia 60 tahun itu akan bergandingan dengan beberapa pengacara bersama yang identiti mereka belum diumumkan.

Iklan
Iklan

Penggambaran dijadual bermula pada 2027, manakala rancangan itu dijangka kembali bersiaran pada tahun berikutnya.

Ramsay berkata, beliau mahu membawa semangat dan aspirasi baharu kepada rancangan itu sambil mengekalkan formula asalnya yang penuh kejutan, menghiburkan dan disulami sedikit kekecohan.

Iklan

Top Gear tidak lagi bersiaran sejak Disember 2022 selepas bekas pengacaranya Andrew"Freddie” Flintoff mengalami kecederaan serius pada muka dan tulang rusuk apabila kereta roda tiga tanpa bumbung yang dipandunya terbalik ketika penggambaran di litar ujian rancangan itu.

BBC menghentikan penerbitan rancangan berkenaan susulan kemalangan itu dan pada November 2023 mengumumkan bahawa rancangan itu akan direhatkan sehingga suatu tarikh yang belum ditetapkan.

Iklan

Mula diperkenalkan pada 1977 sebelum kembali dengan format moden pada 2002, Top Gear menjadi antara rancangan BBC paling berjaya di peringkat antarabangsa ketika dikendalikan oleh Jeremy Clarkson, Richard Hammond dan James May.

Barisan pengacara terbaharunya sebelum ini terdiri daripada Flintoff, Paddy McGuinness dan Chris Harris. - Bernama/Anadolu