KUALA LUMPUR - Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr Zulkifli Hasan menyeru umat Islam untuk mengadakan solat hajat susulan situasi jerebu yang melanda negara ketika ini.
Menerusi hantaran di Facebook hari ini, Zulkifli mengajak solat hajat dijalankan secara serentak di seluruh masjid dan surau di Wilayah Persekutuan.
"Jerebu makin teruk, senjata kita adalah doa. Saya menyeru solat hajat diadakan serentak di seluruh masjid dan surau Wilayah Persekutuan.
"Moga Allah SWT mencurahkan rahmat dan hujan yang bermanfaat,” katanya dalam hantaran itu. - Bernama
Iklan
Iklan