KOTA KINABALU - Kerajaan Sabah mengarahkan semua sekolah di kawasan yang mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) melebihi 150 selama tiga hari berturut-turut ditutup sementara waktu.
Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Zainudin Aman, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri berkata, langkah itu diambil bagi melindungi murid dan guru daripada kesan buruk jerebu terhadap kesihatan.