SIK - Seorang pelajar sekolah maut manakala rakannya cedera selepas motosikal dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan dengan sebuah lori di Jalan Kampung Kerawai dekat sini, petang tadi.
Ketua Polis Daerah Sik, Superintenden Syamzury Saman berkata, dalam kejadian 2.50 petang itu, kedua-dua kenderaan dipercayai dari arah yang sama, dengan lori dalam perjalanan dari Jeniang menghala ke Kampung Kerawai, manakala motosikal dari Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Enggang ke Kampung Bandar Hilir.