Tony Pua hadir Bukit Aman beri keterangan isu minit Lembaga Pengampunan

Iklan
Tony Pua enggan memberikan sebarang komen ketika ditemui pengamal media pada Jumaat.

KUALA LUMPUR – Bekas Ahli Parlimen Damansara, Tony Pua, hadir ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman pada Jumaat bagi memberi keterangan berhubung dakwaan kebocoran minit mesyuarat Lembaga Pengampunan berkaitan isu tahanan rumah bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau yang juga bekas pemimpin DAP tiba pada jam 9.53 pagi bersama peguam sebelum memasuki bangunan ibu pejabat polis berkenaan kira-kira jam 10 pagi.

Iklan
Iklan

Tony Pua dilihat tersenyum ketika ditemui media, namun enggan mengulas mengenai kehadirannya.

Dalam perkembangan sama, Ahli Parlimen Kota Melaka, Khoo Poay Tiong, turut dijadualkan hadir ke Bukit Aman pada jam 10 pagi bagi memberi keterangan berhubung kenyataan kontroversi yang dibuatnya sebelum ini.

Iklan

Bagaimanapun, sehingga jam 10.10 pagi, wakil rakyat DAP itu masih belum kelihatan di lokasi.

Media sebelum ini melaporkan Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohd Khalid Ismail, berkata polis menerima 55 laporan berhubung hantaran Facebook Tony Pua yang didakwa menyentuh kandungan minit mesyuarat Lembaga Pengampunan berkaitan isu tahanan rumah Najib.

Iklan

Menurut beliau, polis turut menerima dua laporan berhubung kenyataan Poay Tiong mengenai dasar penutupan sementara premis perniagaan di Terengganu pada setiap Jumaat.

Beliau berkata, siasatan bagi kedua-dua kes dijalankan mengikut Seksyen 203A, Seksyen 298 dan Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.