Bas ekspres terbabas rempuh surau sekolah

Iklan
Sebuah bas ekspres yang dalam perjalanan dari Negeri Sembilan ke Kota Bharu terbabas sebelum merempuh sebuah surau di pekarangan sebuah sekolah rendah, awal pagi Isnin. Foto tular media sosial

PASIR PUTEH - Sebuah bas ekspres yang dalam perjalanan dari Negeri Sembilan ke Kota Bharu terbabas sebelum merempuh sebuah surau di pekarangan sebuah sekolah rendah di sini awal pagi Isnin.

Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Superintenden Saari Yaacob berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 4.50 pagi di Kilometer 1, Jalan Selising-Kok Lanas.

Iklan
Iklan

"Siasatan awal mempercayai pemandu berkenaan telah hilang kawalan dan cuba menekan brek namun bas itu terus menggelongsor ke hadapan lalu merempuh surau," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Kaedah 10, Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 (LN 166/59).

Iklan
Iklan

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta menghubungi Penolong Pegawai Penyiasat Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Pasir Puteh, Sarjan Muhammad Syahril Ishak melalui talian 011-62963162 atau tampil ke balai polis berhampiran bagi membantu siasatan. - Bernama