KUALA LUMPUR - Batik Air telah membatalkan penerbangan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke Jeddah, Arab Saudi pada Isnin sebagai langkah berjaga-jaga susulan konflik yang sedang berlaku.
Dalam satu kenyataan pada Isnin, syarikat penerbangan itu memaklumkan keputusan tersebut dibuat selepas menilai situasi semasa yang sentiasa berubah, dengan keselamatan serta kesejahteraan penumpang dan kru kekal sebagai keutamaan tertinggi.