CEO Yayasan Warisan Ummah Ikhlas, Marhaini Yusof meninggal dunia

Iklan
Allahyarham Marhaini memainkan peranan penting dalam menggerakkan kempen #QuranHour di Malaysia dan peringkat antarabangsa.

SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF), Marhaini Yusof dilapor meninggal dunia pada jam 8.44 pagi, Ahad.

Anak Allahyarham, Sarah Ambok memaklumkan, ibunya menghembuskan nafas terakhir di Hospital Al-Sultan Abdullah Universiti Teknologi Mara (UiTM), Puncak Alam selepas mendapat rawatan sejak Khamis.

Iklan
Iklan

"Jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kota Damansara dan semua urusan mandi, kafan dan solat jenazah dilakukan di Masjid Al-Mukhtadin Damansara Damai, Petaling Jaya ," katanya ketika dihubungi pada Ahad.

Allahyarham Marhaini, 56, memainkan peranan penting dalam menggerakkan kempen #QuranHour di Malaysia dan peringkat antarabangsa.

Iklan

Beliau antara individu yang giat memperjuangkan usaha membudayakan interaksi dengan al-Quran menerusi kempen World #QuranHour, Malaysia #QuranHour dan pelbagai inisiatif berkaitan.

Di bawah gerakan berkenaan, masyarakat digalakkan meluangkan masa untuk membaca, memahami dan mengamalkan ajaran al-Quran dalam kehidupan seharian.

Iklan