ABANG kepada Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman iaitu Spacedollah memberikan pesanan dan kata-kata semangat buat adiknya dan pasangan, Bella Astillah.
Menurut Spacedollah atau nama penuhnya Syed Abdul Rahman, Syed Saddiq telah cuba membaca lafaz akad nikah sebanyak 99 kali akibat terlalu gemuruh untuk disatukan dengan Bella.
“Bella kamu sangat baik kepada saya, hiraukan pendapat orang lain. Sebagai keluarga, kami terima kamu siapa diri kamu hari ini dan sejak kenal kamu.
Dalam masa sama, Spacedollah mengakui dirinya dan sekeluarga amat teruja dan gembira sepanjang majlis perkahwinan itu berlangsung.
Baginya majlis penyatuan hati itu bukan sahaja melibatkan Syed Saddiq dan Bella, namun menghubungkan ikatan bersama anak-anak Bella iaitu Ayden dan Ara juga.
“Akhirnya kami gembira mereka berdua dah sah. Dia bukan hanya kahwin dengan Bella tetapi dia dapat dua anak bijak iaitu Ayden dan Ara. Kepada Ara dan Ayden, kamu sangat bertuah kerana mempunyai ibu yang sangat hebat dan sekarang kamu ada bapa yang outstanding,” ujarnya.
Ditanya mengenai sama ada Syed Saddiq ada meluahkan sebarang kerisauan terhadapnya, Spacedollah berkata, dia hanya mahu mengikat perut sebelum menjelang hari bahagia kerana ingin memastikan dirinya kelihatan sempurna.
“Dia tak cakap kerisauan dia cuma lapar. Dia sengaja laparkan diri sebab dia nak hensemkan diri dia lagi,” kongsinya.
Untuk info, Bella dan Syed Saddiq telah selamat diijabkabulkan bersama pasangan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dengan sekali lafaz pada jam 10.40 pagi.
Terdahulu, pasangan ini telah mengikat tali pertunangan secara rasmi pada 28 Mac 2026. - Gempak