TAHAP kesihatan Pelawak Mohammad Amirullah Azmi, 37, atau Amir Raja Lawak semakin baik dan stabil serta telah dipindahkan ke wad biasa pada Rabu.
Pembantu peribadinya, Muhammad Faris Che Ali berkata, Amir juga tidak lagi bergantung kepada alat bantuan pernafasan selepas hampir 12 hari dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), Kota Bharu.