AMWAY Malaysia mengambil pendekatan berbeza dalam mendekati masyarakat apabila menerbitkan filem sulung berjudul 'The Starting Line: One Step Might Change Everything' yang mengangkat kisah perjalanan keusahawanan ke layar perak.
Penerbitan itu menjadikan Amway sebagai syarikat jualan langsung pertama di Malaysia menghasilkan filem sendiri sebagai medium penceritaan untuk mendekati masyarakat dan berkongsi pengalaman sebenar Pemilik Perniagaan Amway (ABO).
Filem berkenaan ditayangkan kepada lebih 1,700 penonton di sembilan bandar seluruh negara menerusi program AM50 Movie Premiere and Platinum Meeting yang berlangsung dari 19 hingga 22 Oktober lalu.
Penghasilan filem itu merupakan sebahagian daripada sambutan ulang tahun ke-50 Amway di Malaysia (AM50), dengan mengetengahkan kisah tiga rakyat Malaysia yang berdepan pelbagai cabaran dalam usaha mencapai matlamat masing-masing menerusi perniagaan Amway.
Menggabungkan elemen penceritaan dengan pengalaman sebenar ABO, filem berkenaan turut memaparkan kepentingan keberanian mengambil langkah pertama dalam meneroka peluang baharu dan mengubah hala tuju kehidupan.
Pengarah Urusan Amway Malaysia, Singapura, Brunei, Indonesia dan Filipina, Jason Leng berkata, filem berkenaan dihasilkan bagi menyampaikan kisah yang mampu menyentuh hati serta memberi inspirasi kepada masyarakat daripada pelbagai latar belakang.
Menurutnya, perniagaan Amway menyediakan peluang kepada individu untuk membangunkan kemahiran, meningkatkan keyakinan diri dan memperkukuh daya tahan kewangan.
“Sempena ulang tahun ke-50 Amway di Malaysia, kami berharap filem ini dapat menggalakkan lebih ramai individu meneroka potensi keusahawanan bersama Amway.
Tayangan perdana eksklusif filem itu bermula di GSC Aurum, The Exchange TRX sebelum dibawa ke lapan lokasi lain di seluruh negara bagi memberi peluang kepada pemimpin ABO menyaksikannya lebih awal.
Filem berkenaan turut menerima maklum balas positif penonton yang memuji jalan ceritanya yang dekat dengan realiti kehidupan, khususnya dalam menggambarkan cabaran dan proses perubahan yang perlu dilalui seseorang untuk mencapai impian.
Menerusi tiga watak utama, 'The Starting Line: One Step Might Change Everything' turut mengetengahkan nilai keazaman, kesungguhan dan proses pembelajaran dalam membina perniagaan.
Menurut Amway Malaysia, penerbitan itu menjadi satu lagi medium untuk berkongsi pengalaman sebenar ABO selain memberi gambaran mengenai peranan keusahawanan dalam pembangunan diri.
Ia juga selari dengan tujuan syarikat berkenaan, iaitu membantu insan menjalani kehidupan yang lebih baik.
Filem 'The Starting Line: One Step Might Change Everything' kini boleh ditonton menerusi saluran YouTube Amway Malaysia.