Pelbagai spesies ikan mati, dua sungai di Raub tercemar teruk - Exco

Iklan
Antara spesies ikan yang mati akibat pencemaran di di Sungai Gali dan Sungai Lampan. - FOTO: FB Fadzli

RAUB - Pelbagai spesies ikan ditemukan mati dipercayai berpunca daripada pencemaran serius di Sungai Gali dan Sungai Lampan di sini.

Exco Komunikasi dan Multimedia, Belia, Sukan dan Badan-badan Bukan Kerajaan Negeri, Datuk Fadzli Mohamad Kamal berkata, kejadian itu amat membimbangkan dan tidak boleh dipandang ringan.

Iklan
Iklan

Menurutnya, pencemaran yang berlaku bukan sahaja menjejaskan ekosistem sungai, malah turut mengganggu kehidupan dan urusan penduduk setempat.

"Berdasarkan tinjauan, boleh dikatakan sepanjang Sungai Lampan dan Sungai Gali tercemar teruk. Pelbagai spesies ikan termasuk Ikan tilan yang diketahui liat nyawanya pun turut menjadi mangsa," katanya.

Iklan

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dong itu berkata, berdasarkan tinjauannya bersama pihak Majlis Daerah Raub (MDR) dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Raub mendapati air sungai berwarna hitam dan berbau.

"Saya turut meninjau lokasi yang disyaki menjadi punca pencemaran dan menggesa pihak JAS bertindak segera menjalankan siasatan menyeluruh.

Iklan

"Isu pencemaran ini tidak boleh dibiarkan berlarutan sehingga berlaku kemusnahan besar terhadap ekosistem sungai ini," tegasnya.

Beliau juga bimbang pencemaran itu merebak ke sungai lain memandangkan Sungai Gali mengalir ke Sungai Dong.

Justeru katanya, angkah pemuliharaan jangka panjang perlu dilaksanakan segera sebaik sahaja punca pencemaran dikenal pasti.

"Sekiranya terbukti berlaku pencemaran berpunca perbuatan pihak yang tidak bertanggungjawab, tindakan tegas mesti diambil mengikut undang-undang.

"Jangan biarkan sungai kita terus menjadi mangsa kerakusan pihak tertentu. Kelestarian alam sekitar dan kesejahteraan penduduk mesti dipertahankan," ujarnya.