Bergson terbukti berbisa

Iklan
Bergson muncul sebagai peledak berbisa Harimau Malaya apabila meledak empat gol sepanjang kempen Piala ASEAN FIFA 2026. Foto: Malaysia NT

KETIKA ketajaman penyudah menjadi antara elemen penting dalam misi Harimau Malaya mencipta keputusan positif, kehadiran penyerang naturalisasi Bergson da Silva ternyata memberikan dimensi baharu kepada jentera serangan negara.

Penyerang berusia 35 tahun itu muncul sebagai peledak berbisa Harimau Malaya apabila meledak empat gol sepanjang kempen Piala ASEAN FIFA 2026, sekali gus menjadi antara tonggak penting dalam kejayaan skuad negara menamatkan saingan di kedudukan ketiga.

Iklan
Iklan

Pengendali interim Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe mengakui kemampuan Bergson menyempurnakan peluang memberikan nafas baharu kepada bahagian serangan negara.

“Dengan kemunculan Bergson, sedikit sebanyak ia memberi kita nafas baharu di bahagian serangan,” katanya.

Iklan

Bergson menjaringkan satu gol ketika berdepan Bangladesh dan kemudiannya meledak hatrik dalam kemenangan besar ke atas Singapura 6-0 sekali gus berada di kedudukan kedua penjaring terbanyak Piala ASEAN FIFA.

Dalam pada itu, Cheng Hoe turut melihat pemain muda seperti Fergus Tierney memberi gambaran positif terhadap masa depan Harimau Malaya.

Iklan

Katanya, Tierney perlu terus bekerja keras selain berharap lebih ramai bakat baharu dapat muncul dalam Liga Malaysia.

“Pemain muda seperti Fergus juga memberi kita harapan. Sudah tentu dia perlu bekerja keras dan kita harapkan pemain-pemain lain juga muncul dalam Liga Malaysia nanti,” katanya.