Ibu maut bersama dua anak, seorang lagi parah

Iklan
Seorang ibu dan dua anaknya maut manakala seorang lagi anak cedera parah selepas kereta dinaiki empat beranak itu terlibat kemalangan dengan sebuah lori.

KUALA SELANGOR - Seorang ibu dan dua anaknya maut manakala seorang lagi anak cedera parah selepas kereta dinaiki empat beranak itu terlibat kemalangan dengan sebuah lori 20 tan di Jalan Raja Muda Musa, di sini pada Khamis.

Dalam kejadian kira-kira jam 1.37 tengah hari itu, wanita berusia 44 tahun yang juga ibu kepada tiga mangsa kanak-kanak meninggal dunia di lokasi kejadian.

Iklan
Iklan

Dalam kejadian kira-kira jam 1.37 tengah hari itu, wanita berusia 44 tahun yang juga ibu kepada tiga mangsa kanak-kanak meninggal dunia di lokasi kejadian.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ashrul Riezal Asbar berkata, dua anaknya iaitu remaja perempuan berusia 12 tahun dan kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun turut maut.

Iklan

Tiga beranak maut selepas Proton Exora dinaiki mereka terlibat kemalangan dengan lori di Jalan Raja Muda Musa di sini pada Khamis.

Ashrul Riezal berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 1.37 tengah hari berhubung kemalangan membabitkan sebuah Proton Exora dan lori dengan muatan 20 tan.

Iklan

Menurutnya, sepasukan empat anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tanjong Karang dikejarkan ke lokasi kejadian.

Bomba berkata, dua anaknya iaitu remaja perempuan berusia 12 tahun dan kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun turut maut.

"Tiga beranak disahkan meninggal dunia oleh pasukan ambulans di lokasi kejadian, manakala seorang daripada mereka cedera," jelas beliau.