AMK Johor buat laporan SPRM isu pemberian tanah awam kepada ahli politik

Iklan
Jalex menunjukkan laporan yang dibuat di SPRM Johor.

JOHOR BAHRU - Angkatan Muda Keadilan (AMK) Johor membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan pemberian tanah awam di Kampung Baru Pandan kepada seorang ahli politik.

Timbalan Ketua AMK Johor, Jalex Lee mendakwa, tanah berkenaan pada asalnya diwartakan sebagai tapak pasar untuk kegunaan penduduk setempat, namun dipercayai dikurniakan kepada pemilik individu pada 4 Ogos 2026.

Iklan
Iklan

Menurutnya, isu itu mula mendapat perhatian selepas Notis Pengosongan Tanah dikeluarkan terhadap Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Pandan pada Oktober lalu.

"Tindakan ini menimbulkan persoalan serius berhubung kemungkinan berlakunya penyalahgunaan kuasa, khususnya apabila tanah awam yang sepatutnya dimanfaatkan untuk kepentingan rakyat diberikan rakan politik," katanya dalam kenyataan di Facebook pada Ahad.

Iklan
Iklan

Sehubungan itu, beliau berharap SPRM dapat menjalankan siasatan secara menyeluruh dan telus supaya segala fakta dapat dikenal pasti serta keadilan ditegakkan.