KUALA LUMPUR – Bekas Pengerusi Yayasan Bank Rakyat (YBR), Datuk Seri Nazir Hussin Akhtar Hussin menafikan berlaku penyelewengan dana berjumlah RM10 juta membabitkan YBR, sebaliknya mendakwa pelaburan berkenaan telah memberikan pulangan hibah sebanyak RM1.85 juta.
Nazir Hussein berkata, modal pelaburan RM10 juta yang dibuat YBR itu juga telah diperoleh semula sepenuhnya sebelum pelaburan berkenaan ditamatkan pada November 2022.