Lelaki maut selepas potong paip PVC yang mengandungi wayar elektrik

Iklan
Seorang pekerja pendawaian meninggal dunia selepas dipercayai terkena renjatan elektrik ketika melakukan kerja di atas bumbung sebuah rumah

PENDANG – Seorang pekerja pendawaian meninggal dunia selepas dipercayai terkena renjatan elektrik ketika melakukan kerja di atas bumbung sebuah rumah di Kampung Manggol, Ayer Puteh, di sini pada Sabtu. 

Timbalan Ketua Polis Daerah Pendang, Deputi Superintenden Mohd Rosli Yusof berkata, kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 12.30 tengah hari sebelum mangsa ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri di lokasi berkenaan.

Iklan
Iklan

Susulan kejadian itu, pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dikejarkan ke lokasi bagi membantu membawa turun mangsa dari atas bumbung.

Mangsa kemudian dihantar menggunakan ambulans ke Hospital Pendang untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Iklan

“Bagaimanapun, mangsa disahkan meninggal dunia kira-kira jam 2 petang ketika menerima rawatan di Hospital Pendang.

“Siasatan mendapati mangsa dipercayai terkena renjatan elektrik ketika memotong paip PVC yang mengandungi wayar elektrik dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya.

Iklan

Operasi bantuan di lokasi turut melibatkan kerjasama anggota JBPM, Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta petugas kesihatan Hospital Pendang.