Pura-pura mahu ke tandas lengahkan tindakan JPJ

Iklan
JPJ Selangor melaksanakan Op Pewa di sekitar Teluk Menegun, Klang pada Selasa. - FOTO: JPJ Selangor

KLANG - Berpura-pura mahu ke tandas antara cubaan penunggang motosikal warga asing bagi melengahkan tindakan penguatkuasaan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Kes itu dikesan menerusi Operasi Pemandu Warga Asing (Pewa) yang digerakkan JPJ Selangor di Jalan Teluk Menegun di sini pada Selasa.

Iklan
Iklan

Pengarah JPJ Selangor, Datuk Ahmad Kamarunzaman Mehat berkata, operasi bermula jam 11 pagi itu menyita 14 motosikal termasuk sebuah motosikal roda tiga.

Menurutnya, penunggang yang ditahan membabitkan warga Bangladesh, Pakistan serta Kemboja dengan kesalahan utama yang dikesan iaitu tiada Lesen Memandu Kompeten (CDL), Lesen

Iklan

JPJ Selangor melaksanakan Op Pewa di sekitar Teluk Menegun, Klang pada Selasa. - FOTO: JPJ Selangor

Kenderaan Motor (LKM) tamat tempoh serta tiada perlindungan insurans.

Iklan

"Sepanjang operasi, kita dapati setiap seorang penunggang melakukan empat hingga lima kesalahan.

"Siasatan awal mendapati ada antara motosikal itu milik individu lain dan digunakan untuk bekerja selain menjalankan perniagaan," katanya kepada Sinar Harian pada Rabu.

Beliau berkata, JPJ Selangor sentiasa memberi perhatian dan menjalankan pemantauan secara berterusan terhadap semua aduan bagi memastikan kenderaan sentiasa mematuhi peraturan dan undang-undang jalan raya yang ditetapkan.

Katanya, sebarang aduan berkaitan kesalahan lalu lintas boleh disalurkan orang awam kepada aduantrafik@jpj.gov.my atau menerusi platform aplikasi e-Aduan berserta butiran pengadu dan aduan.