Remaja 14 tahun dirogol bapa, ibu pula rakam gambar bogel

Iklan
Remaja itu berjaya melarikan diri ke rumah ibu saudaranya untuk menghubungi talian kecemasan pada 1 Oktober lalu. - Foto Agensi

GUJARAT - Seorang remaja perempuan berusia 14 tahun di India berdepan detik hitam apabila mendakwa dirinya berulang kali dirogol dan didera oleh ibu bapanya.

Kejadian menggemparkan itu berlaku di kawasan Anjar, tempat remaja itu tinggal bersama ibu bapa dan tiga adik-beradiknya pada 20 hingga 29 September lalu. Keluarga berkenaan dipercayai telah menetap di Gujarat kira-kira enam tahun.

Iklan
Iklan

Menurut jurucakap polis, remaja itu menghubungi talian kecemasan selepas didakwa didera dan dikurung oleh ibu bapanya kerana berkawan dengan seorang lelaki.

“Ibunya mengadu kepada bapanya selepas mengetahui remaja itu berhubung melalui telefon dengan seorang rakan lelaki.

Iklan

"Berang dengan perkara itu, bapanya kemudian memukul dan mengurung remaja berkenaan serta tidak memberinya makanan dan minuman selama beberapa jam,” jelasnya.

Lebih mengejutkan, bapanya turut melakukan serangan seksual berulang kali terhadapnya dan ibunya tergamak merakamkan gambarnya dalam keadaan berbogel.

Iklan

Remaja itu kini ditempatkan di bawah jagaan pihak berkuasa.

Pihak berkuasa telah membuka kertas siasatan terhadap pasangan itu mengikut Akta Perlindungan Kanak-Kanak daripada Kesalahan Seksual (POCSO) dan beberapa peruntukan undang-undang lain yang berkaitan. - Agensi