Lelaki bersenjatakan kapak samun kedai runcit

Iklan
Tular video di media sosial memaparkan seorang pekerja di sebuah kedai runcit didatangi individu memakai topi keledar serta bersenjatakan kapak.

KLANG - Seorang individu bersenjatakan kapak bertindak menyamun sebuah kedai runcit di Kampung Rantau Panjang di sini pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Ramsay Embol berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 5 pagi ketika mangsa berusia 19 tahun didatangi suspek.

Iklan
Iklan

Menurutnya, suspek yang memakai topi keledar masuk ke dalam premis sebelum melarikan sejumlah wang tunai.

"Suspek dipercayai seorang lelaki dan melarikan diri menggunakan motosikal jenis Yamaha Lagenda.

Iklan

"Nombor pendaftaran motosikal berkenaan tidak dapat dipastikan," katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Sebelum ini tular video di media sosial memaparkan seorang pekerja di sebuah kedai runcit didatangi individu memakai topi keledar serta bersenjatakan kapak.

Iklan

Individu itu kemudiannya dilihat mengambil beberapa barangan dipercayai wang tunai sebelum bertindak melarikan diri.

Ramsay berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 392/397 Kanun Keseksaan kerana samun bersenjata yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 14 tahun dan sebatan.

"Usaha mengesan dan menangkap suspek sedang giat dijalankan," katanya.

Beliau berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian atau video yang tular boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Utara, Inspektor Norabsah di talian 014-715 3307.