Pelajar Tingkatan Satu ditemui parah berhampiran tangga sekolah

Iklan
Seorang pelajar lelaki tingkatan satu ditemui terbaring parah berhampiran tangga di sebuah sekolah di sini, Ahad lepas.

KULIM - Seorang pelajar lelaki tingkatan satu ditemui terbaring parah berhampiran tangga di sebuah sekolah di sini, Ahad lepas.

Ketua Polis Daerah Kulim Superintenden Syamsul Sinring berkata, kejadian berlaku pada 3.30 petang dan pelajar tersebut ditemukan terbaring di aras bawah berhampiran tangga Blok E sekolah.

Iklan
Iklan

"Kejadian disedari seorang guru yang memaklumkan guru penolong kanan sesi petang sebelum menghubungi polis.

"Guru itu memaklumkan pelajar itu masih sedarkan diri dan boleh bercakap semasa ditemui sebelum dihantar ke Hospital Kulim," katanya dalam kenyataan di sini hari ini. 

Iklan

Beliau berkata, rakaman percakapan beberapa individu lain termasuk saksi juga dibuat bagi mendapatkan maklumat sebenar berhubung kejadian.

Menurutnya hasil temu bual pegawai penyiasat sebelum ini mendapati mangsa mengaku mengalami tekanan susulan peperiksaan akan berlangsung minggu hadapan.

Iklan

"Rakaman percakapan selanjutnya akan dilakukan apabila keadaan kesihatan mangsa mengizinkan bagi memperincikan kejadian.

"Selain itu, kita juga akan mendapatkan laporan perubatan lengkap berhubung kecederaan dan keadaan terkini mangsa," katanya.

Media melaporkan, seorang pelajar lelaki tingkatan satu ditemui parah di sekolah di sini dalam kejadian pada jam kira-kira 3.40 petang Ahad.

Mangsa yang berumur 13 tahun, masih mendapatkan rawatan lanjut di Hospital Kulim.

Syamsul berkata, kejadian disedari ketika pengadu menerima panggilan telefon dimaklumkan kejadian semasa sedang mengajar.

Menurutnya, pengadu kemudian pergi ke tempat kejadian dan mendapati mangsa terbaring di atas lantai berhampiran tangga bangunan Blok E.

Jelas beliau, temu bual dengan pelajar perempuan mendapati, saksi melihat hantaran media sosial mangsa menyatakan mengalami tekanan namun mesej berkaitan dipercayai telah dipadam.

Mangsa dilaporkan mengalami kecederaan di beberapa bahagian badan termasuk kedua-dua kakinya patah.